Categories: Berita

Kawasaki Ninja ZX-4RR memasuki pasaran Indonesia – hanya 40 unit tersedia

KAWASAKI NINJA ZX-4RR AKAN MEMBUAT PELANCARAN DI NUSANTARA SELEPAS SAMBUTAN HANGAT DI THAILAND.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Indonesia menjadi negara Asia Tenggara kedua yang mengalu-alukan ketibaan model ‘sportsbike’ terbaharu Kawasaki, Ninja ZX-4RR, selepas Thailand.

Menurut laporan, hanya varian tertinggi, Ninja ZX-4RR akan memasuki pasaran negara dengan harga jualan rasmi INR239.9 juta (RM70k). Sementara itu, hanya 40 unit sahaja yang tersedia.

Bagaimanapun, tanda harga pasti mencuri tumpuan kerana ia dua kali lebih tinggi daripada Ninja ZX-25R.

Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR ini menampilkan enjin 399cc 4-lejang DOHC dengan penyejukan cecair. Motosikal ini menawarkan ‘had putaran’ melebihi 15,000rpm. Kuasa enjin disalurkan ke tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform ini mampu menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.

Related Post

Varian RR ini didatangkan dengan penghadang angin gelap dan sistem ‘quickshifter’. Ia juga mempunyai fork hadapan Showa SFF-BP 37mm boleh laras dan ‘monoshock’ Showa BFRC Lite.

Sistem brek mempunyai cakera brek depan berkembar 290mm dan 220mm belakang diapit dengan kaliper brek jejari 4-pot depan dan 2-pot belakang. Motosikal ini mempunyai tangki 15L

Pakej elektronik itu menampilkan sistem kawalan cengkaman KTRC dan empat mod tunggangan (Sport, Road, Rain dan Rider). Ia juga mempunyai panel meter LCD berwarna 4.3-inci di mana penunggang boleh menyambung ke aplikasi Kawasaki Rideology.

Kawasaki Ninja ZX-4RR hadir dengan ketinggian tempat duduk 800mm dan mempunyai jarak tanah 135mm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah