Categories: Berita

MV Agusta F3 akan masuk pasaran Malaysia?

MELALUI PENGEDAR BARU AFY MOBILITY SDN BHD, MV AGUSTA BAKAL MASUK PASARAN TEMPATAN TIDAK LAMA LAGI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal mewah Itali, MV Agusta, bakal menembusi pasaran Malaysia menerusi pengedar baharu, AFY Mobility Sdn Bhd (AMI).

Menariknya, mereka bukan sahaja akan mengedar tetapi juga akan memasang sepenuhnya beberapa model di Malaysia.

Pada Mac lalu, Pengerusi Kumpulan Eksekutif AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya telah berkongsi beberapa foto di media sosial menunjukkan dua jentera MV Agusta Brutale RR.

Dalam perkongsian terbaru itu, Ahmad Faez memuat naik video 32 saat yang memaparkan model sukan popular, MV Agusta F3. Namun model tersebut bukan versi standard tetapi varian RC (Reparto Corse) edisi terhad.

Related Post

Untuk rekod, MV Agusta F3 menampilkan enjin 3-silinder 798cc 12-injap. Ia mampu menjana 155hp pada 13,250rpm dan 88Nm pada 10,100rpm. Enjin ini juga mempunyai nisbah mampatan yang tinggi iaitu 13.3:1.

Dengan berat hanya 165kg, MV Agusta F3 RC ini mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 240km/j.

Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuk fork hadapan USD 43mm jenama Marzocchi boleh laras, dan angkup brek Brembo hadapan dan belakang. Ia mempunyai rim 17 inci dan tangki 16.5L. Model ini juga dilengkapi dengan panel meter TFT 5.5″, dengan fungsi ‘cruise control’ dan ‘launch control’.

AMI masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelancaran model MV Agusta untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, kita boleh menjangkakan pengumuman tidak lama lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah