PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM AKAN KEMBALI KE AKSI HUJUNG MINGGU INI DI LITAR DUNIA MISANO MARCO SIMONCELLI UNTUK GRAN PREMIO MADE IN ITALY E DELL’EMILIA ROMAGNA, YANG MERUPAKAN PERLUMBAAN HALAMAN TERAKHIR VALENTINO ROSSI.

Valentino Rossi bersedia untuk berlumba buat kali terakhir di Misano

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Valentino Rossi dari Petronas Yamaha Sepang Racing Team mengaku dia cukup beremosi menjelang penampilan terakhirnya di halaman sendiri di Grand Prix Emilia Romagna di Litar Misano. Acara akan bermula esok di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Ini adalah perlumbaan kedua di Litar Misano setelah mengadakan Grand Prix San Marino sebulan lalu.

Juara dunia MotoGP tujuh kali, Rossi berharap dapat meningkatkan prestasinya pada hujung minggu ini. Doktor mengatakan bahawa walaupun perlumbaan pertama di Misano beremosi, dia tetap bersemangat untuk berlumba di litar buat kali terakhir sebelum bersara pada akhir musim.

“Saya mengakui prestasi bertambah baik setelah dua minggu berehat kerana kami mempunyai jadual yang ketat termasuk perlumbaan di Amerika Syarikat (AS), di mana perlumbaan GP di Austin sangat mencabar.

Related Post

“Buat masa ini, saya fokus untuk tiga perlumbaan terakhir dengan harapan tahap kecergasan mental dan fizikal berada dalam keadaan terbaik.

“Apa yang pasti, perlumbaan kedua di Misano diramalkan lebih sukar daripada yang pertama kerana saingan untuk gelaran dunia semakin meningkat.

“Kami harus fokus sepenuhnya di litar dan berharap tidak ada masalah teknikal yang dialami oleh jentera dalam mencari posisi podium,” kata Rossi.

“Perlumbaan sebelum ini sudah sangat beremosi untuk saya dan sudah pasti kali ini lebih istimewa. Saya harap penyokong Itali gembira dengan perlumbaan hujung minggu ini,” katanya.

Pelumba kelahiran Itali itu mempunyai musim yang suram. Dia berada di kedudukan ke-21 secara keseluruhan dengan 29 mata selepas 15 perlumbaan musim ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan