DI GERMAN GRAND PRIX, MARC MARQUEZ MENUNJUK BAHAWA DIA ADALAH “SACHSENKING” DENGAN KEMENANGAN KE-10 BERTURUT-TURUT.

Pada permulaan German Grand Prix kami tahu siapa yang sangat berkemungkinan untuk memenangi perlumbaan MotoGP itu. Marc Marquez (Repsol Honda) amat yakin untuk mendapatkan kemenangan ke-10 berturut-turut dan semasa perlumbaan MotoGP tersebut, pelumba Sepanyol ini memastikan kami semua tahu dia adalah “SachsenKing”.

Bermula dari “pole position”, Marc Marquez tidak pernah hilang pendahulu sepanjang perlumbaan tersebut. Walapun dia ditekan oleh Alex Rins (Ecstar Suzuki) hingga tahap pertengahan perlumbaan, Marquez berada dalam kawalan. Masa pusingan cepat, tiada kesilapan dan 66 darjah lean. Marc Marquez dan Honda tidak boleh dikalahkan semasa German GP.

Seketika dia mula untuk menunjuk irama yang lebih baik, Alex Rins terbabas dan mendapat DNF. Dengan insiden itu, tempat kedua telah diputuskan antara Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) dan Cal Crutchlow (LCR Honda).

Related Post

Crutchlow cuba sedaya upayanya untuk memotong Vinales, tetapi pelumba Yamaha ini amat konsisten dengan kelajuannya dan tidak memberi peluang kepada Crutchlow untuk mendapat kedudukan kedua. Pada pusingan terakhir, mereka berdua dapat mendekati Marc Marquez yang hanya mengawal situasi perlumbaan. Crutchlow hilang kawalan dan Vinales kemudian mengambil kedudukan kedua dengan pelumba British di tempat ketiga.

Dengan keputusan ini, Marc Marquez kini mempunyai 58 mata lebih daripada Andrea Dovizioso. Pelumba Sepanyol dan Honda semakin mendekati perlumbaan tajuk, dan pelumba Itali dari Mission Winnow Ducati nampaknya tidak mempunyai cara untuk kembali ke persaigan gelaran.

Kejohanan Dunia kini berada pada cuti musim panas biasa. Para pelumba akan kembali ke aksi di GP Czech di Brno dalam masa tiga minggu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan