ADA SAMAN YANG PERLU DIBAYAR? BAYAR DALAM DUA BULAN INI DENGAN DISKAUN 70% DARI JPJ.

Ia telah diumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sedang menawar diskaun 70% bagi saman mulai hari ini. Ini termasuk kes yang disenarai hitam. Diskaun ini akan berlangsung selama dua bulan dari 13 April hingga 13 June 2021.

Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, diskaun ini ditawar bersempena sambutan ulang tahun ke-75 JPJ. Diskaun ini akan melibatkan 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti dari tahun 2010 hingga Mac tahun ini.

Mereka yang ingin membuat pembayaran saman boleh melakukannya di semua pejabat JPJ dan dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

Related Post

“Saya galakkan orang ramai untuk membayar saman mereka secara dalam talian bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di pejabat JPJ,” kata Wee kepada wartawan selepas sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun JPJ ke-75.

JPJ juga telah memperkenalkan JPJeQ, sistem menunggu giliran secara dalam talian untuk mengelakkan 3C (tempat sesak, sempit dan jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ

SUMBER: FREE MALAYSIA TODAY

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah