Categories: Berita

Panasonic mendedahkan pelan untuk memperkenalkan bateri bebas daripada kobalt

Kenderaan elektrik adalah masa depan, sama ada dengan penggunaan kuasa elektrik sahaja ataupun mencampur elektrik dengan enjin pembakaran seperti pilihan hybrid. Sesetengah pengilang motosikal menawarkan motosikal elektrik 100%, yang lain seperti Honda sedang membangun model-model hybrid.

Tetapi apa yang ramai orang mahu ialah untuk dapat mengeluarkan bateri yang lebih cekap dan, sememangnya, lebih murah untuk dihasilkan.

Dan satu cara untuk melakukannya adalah melalui apa yang Panasonic telah umumkan: mereka bateri tanpa kobalt.

Kobalt adalah komponen penting dalam pembuatan bateri dan walaupun Panasonic menggunakan sekitar 10% kobalt dalam pengeluaran bateri mereka, jenama lain menggunakan lebih banyak lagi. Ini adalah masalah kerana China sedang cuba mengehadkan jumlah produk ini, apatah lagi kuantiti kobalt yang dapat dilombong semakin kurang.

Related Post

Dengan lebih kurang kobalt untuk pembuat bateri mengguna, dan dengan jangkaan kenaikan permintaan dalam beberapa tahun yang akan datang, ini akan membawa kepada kenaikan harga kenderaan elektrik, termasuk motosikal elektrik atau hybrid.

Berbincang dengan Reuters, Yoshio Ito, Pengurus Produk Panasonic telah mendedahkan pelan mereka untuk memperkenalkan di pasaran pada 2020 atau 2021, bateri generasi baru yang bebas daripada kobalt. Beliau mendedahkan bahawa pembangunan bateri khas itu sudah siap, dan sekarang Panasonic akan memulakan fasa ujian sebelum mengeluarkan bateri ini di pasaran.

Jika berjaya, Panasonic bukan sahaja akan memintas kenaikan harga dalam pengeluaran bateri kobalt – menurunkan harga akhir kenderaan elektrik – tetapi juga dapat menghasilkan bateri bebas kobalt yang lebih efisien, dengan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi daripada bateri biasa yang kita biasa lihat digunakan dalam kenderaan elektrik.

Panasonic dikenali sebagai pembekal bateri untuk kereta Tesla, tetapi jenama Jepun juga membekalkan bateri untuk syarikat lain. Walaupun sesetengah pengeluar cuba untuk mengawal kos bateri, dengan membuat perjanjian langsung dengan syarikat-syarikat perlombongan, Panasonic pula, berusaha untuk mewujudkan penyelesaian untuk masalah ini.

Jika harga motosikal elektrik turun dan pilihan untuk pelbagai kenderaan sedemikian menjadi lebih besar, adakah anda akan membeli dan menunggang motosikal elektrik?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah