Categories: Berita

Tatamel Bike, motosikal boleh lipat Jepun

TATAMEL BIKE, JENTERA BOLEH DIUBAH SUAI UNTUK MUAT RUANG SEMPIT UNTUK PENYIMPANAN MUDAH.

Tatamel Bike

Pengilang motosikal Jepun ICOMA telah mengeluarkan motosikal elektrik boleh lipat dengan nama Tatamel Bike, yang boleh diubah suai untuk muat ruang sempit untuk penyimpanan mudah.

Apabila dibuka sepenuhnya, motosikal ini panjang 1230mm, tinggi 1000mm dan lebar 650mm. Dalam keadaan lipat, motosikal ini hanya panjang 700mm, tinggi  680mm dan lebar 260mm. Bahagian depan motosikal dilipat dan dikunci pada tempatnya apabila sedia untuk ditunggang. Manakala bahagian belakang jentera memanjang dari bawah panel sisi dan rehat atas kickstand. 

Tatamel dikuasakan oleh batteri lithium iron phosphate, yang mampu menggerakkan Tatanel ke tahap kelajuan 40 km/j. Dengan bekalan kuasa mudah alih, jentera ini mampu mencapai jarak gerak 50 km dalam satu cas. 

Reka bentuk terkini ICOMA memaparkan panel sisi segi empat tepat, yang penunggang boleh ubah suai dengan pelbagai warna dan bahan seperti ilustrasi atau tanda tertentu. Tempat duduk kontemporari Tatamel dipasang di atas panel sisi dengan bahagian atas rata, manakala hendal memanjang ke luar dari hadapan.

Related Post

Pada masa ini, ICOMA sedang membangunkan Tatamel untuk pengeluaran besar-besaran dan tidak mendedahkan tarikh keluaran atau maklumat harga.

Lihatlah Tatamel Bike dalam aksi dalam video di atas.

Sumber: Hypebeast

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah