Categories: Berita

ARRC Peluang Kasma Pulang Ke MotoGP

Pelumba Negara, Kasma Daniel Kasmayudin Sedia Gegar Pentas ARRC

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Kasma Daniel Kasmayudin iaitu pelumba negara menyifatkan penyertaannya dalam ARRC 2023 sebagai jalan terbaik untuk kembali ke saingan Kejuaraan MotoGP.

Kasma berkongsi bahawa cara terbaik untuk dirinya bersaing dalam kelas Moto2 di MotoGP adalah menamatkan saingan di kedudukan 3 terbaik.

Ini disebabkan terdapat slot kosong dalam pasukan Yamaha VR46 pada tahun 2024 dan sudah pasti hanya yang terbaik diberi peluang.

Related Post

Kasma kini menduduki tangga ke-6 dengan 71 mata hanya 30 mata berbeza Pelumba Indonesia, Andi farid Izdihar.

Peluang untuk merealisasikan sasaran masih terbuka meskipun sedar cabaran utama hadir dari pasukan ONEXOX BMW TKKR Team

Untuk rekod, Kasma sebelum ini pernah menyertai Yamaha VR46 Team sebagai pelumba gantian kepada Kohta Nozane di Grand Prix (GP) Itali dan Jerman, Jun lalu

Musim lalu, Kasma menamatkan kempen ARRC di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 153 mata.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz