Categories: Berita

Triumph Tiger Sport 660 diperkenalkan semula di Malaysia dari RM50,900

DENGAN PROMOSI MERDEKA SEKARANG, PEMBELI TRIUMPH TIGER SPORT 660 DAPAT MENIKMATI PAKEJ AKSESORI PADA HARGA YANG LEBIH RENDAH.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Triumph telah memperkenalkan semula Tiger Sport 660 untuk pasaran tempatan di bawah pengedar baharu dengan harga jualan bermula dari RM50,900.

Menampilkan enjin tiga silinder 660cc yang sama ditemui pada Trident 660, Tiger Sport menampilkan elemen motosikal ‘sport tourer’ sambil menawarkan ciri praktikal dan serba boleh.

Model baharu ini juga akan bersaing dengan Modenas Versys 650 dan Suzuki V-Strom 650 XT di Malaysia.

Tiger Sport 660 mampu menghasilkan 79hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm. Triumph mendakwa bahawa penunggang mampu mencapai 90 peratus tork seawal 3,600rpm.

Related Post

Juga mengambil alih daripada Trident, model ini didatangkan dengan dua mod tunggangan, Rain dan Road. Ia juga mempunyai sistem Ride-by-Wire dengan transmisi 6-kelajuan dan ciri klac bantuan/selipar.

Sistem brek dikawal oleh ABS dwi-saluran. Ia didatangkan dengan kaliper brek Nissin hadapan dua piston bersama cakera brek hadapan 310mm dan 255mm belakang.

Walau bagaimanapun, penunggang tidak dapat mematikan sistem ABS.

Triumph Motorcycles Malaysia juga mengadakan promosi Merdeka seiring dengan penjualan motosikal tersebut. Promosi itu membolehkan pemilik Tiger Sport 660 menikmati pakej aksesori rasmi (bernilai RM9,542) dengan tambahan RM5,900 sahaja.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah