PELUMBA MOTO3,  KHAIRUL IDHAM PAWI AKAN MENINGGALKAN PETRONAS SPRINTA RACING SELEPAS DUA MUSIM BERSAMA.

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi akan meninggalkan PETRONAS Sprinta Racing (SRT) pada hujung musim 2020 semasa. KIP sertai PETRONAS Sprinta Racing pada 2019 bawah kategori Moto2. Selepas musim sukar disebabkan kecederaan jarinya, dia kemudian dialihkan untuk bersaing dalam kategori Moto3 musim ini, dimana dia telah mencapai dua kemenangan.

Baru-baru ini PETRONAS Sprinta Racing mengumumkan Khairul Idham Pawi akan meninggalkan pasukan pada hujung musim 2020. Mereka juga mengumumkan KIP dan pasukan akan bekerjasama sepanjang empat perlumbaan seterusnya dengan tujuan untuk mencapai keputusan terbaik.

Related Post

RAZLAN RAZALI:

“Dalam mengenal pasti bakat dan potensi KIP, amat jelas selepas dua tahun bersama, kami tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan bersama. Kecederaan telah memainkan peranan dalam prestasi KIP sepanjang dua musim ini tetapi melihat kepada masa depan, kedua-dua pihak bersetuju bahawa kami perlu menuju ke haluan yang berbeza. Kami mendoakan yang terbaik untuk masa depan karier KIP.”

KHAIRUL IDHAM PAWI:

Dua musim ini amat sukar disebabkan kecederaan tetapi saya menikmati waktu sepanjang menjadi sebahagian daripada Petronas Sprinta Racing Team. Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pasukan ini, semua kru dan rakan kongsi kerana membantu saya sepanjang dua musim ini, pada waktu baik dan pada waktu buruk. Saya mendoakan kejayaan pasukan ini pada masa depan kerana mereka orang yang baik. Sudah pasti saya mahu terus berlumba, jadi saya akan berusaha untuk mencari pilihan terbaik buat karier saya. Saya akan mencuba yang terbaik untuk membuktikan semula potensi saya dan memberikan hadiah buat penyokong yang selama ini menyokong saya sejak dari mula. Terima kasih semua!”

Source: PETRONAS SRT

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan