Rekod kelajuan tanah adalah sesuatu yang sering menarik perhatian kami, dan rekod-rekod tersebut dimana motosikal mencapai tahap kelajuan lebih daripada 300 km/h adalah yang paling menarik. Dan itulah yang berlaku di Salt Lake Uyuni, Bolivia dimana pasukan Hunter Sills Racing (HSR) telah menetapkan rekod baru bagi BMW terpantas di dunia.

HSR telah menggunakan S1000RR untuk mencapai tahap kelajuan maksimum 389 km/h semasa Cook Top acara World Shootout, Julai yang lepas dan dengan keputusan yang telah dicapai, pasukan ini mempunyai hak untuk kata mereka memiliki motosikal BMW terpantas di dunia.

Namun untuk mencapai rekod baru tersebut bukan satu perkara yang mudah sekali.

Related Post

Sebelum mencapai Uyinu, pasukan ini terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Semua bekas pasukan yang mengandungi peralatan penting dan komponen sensitif telah ditangguhkan, jadi HSR hanya mempunyai dua hari setengah untuk mencapai rekod itu bukannya dalam enam hari seperti yang dirancang sejak awal. Kemudian di tasik kering, pada hari pertama ujian, mereka mengalami kegagalan elektronik yang diikuti dengan kegagalan enjin.

Mekanik pasukan bekerja secepat mungkin untuk membina semula enjin dan pada tarikh akhir, S1000RR, yang sebahagiannya diseleraskan sedia untuk menewaskan rekod sebelumnya. Pelumba yang bertanggungjawab untuk rekod ini ialah Erin Sills, yang kini mempunyai namanya dalam buku rekod.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan