BMW R1600C Cruiser | Sumber gambar: Bikes Republic

Cruisers memang semakin meningkat di pasaran dua-roda dan adalah satu segmen yang BMW boleh memperbaiki.

Cruiser terakhir Jenama Bavarian adalah pada 2005 iaitu R1200C. Syarikat ini menganggap mereka patut meningkatkan tahap mereka dan menghasilkan sebuah cruiser baru. Sekurang-kurangnya itulah yang diingini oleh pakar aksesori BMW, Wunderlich.

Wunderlich mengatakan motosikal baru perlu mempunyai sebanyak 1600cc dan telah menghasilkan beberapa gambar konsep mengenai motosikal baru ini.

‘Terdapat satu model yang masih belum dihasilkan yang merangkumi gaya tunggangan Amerika bagi motosikal BMW dan kebanyakan peminat telah menyeru untuk penghasilannya. Namun, tiada sebarang berita dari Munich,’ kata Wunderlich dalam siaran akhbar.

Related Post

‘Itulah sebab kami bersama pereka kami, Nicolas Petit telah memberikan banyak pemikiran kepada topik itu.’

BMW R1600C Cruiser | Sumber gambar: OmniMoto

‘Hasilnya adalah pentafsiran R 1200 C yang cemerlang dan tepat pada masanya dengan ciri-ciri teknikal dan inovatif, butir-butir reka bentuk yang terperinci. Ia adalah satu jentera menunggang yang memancarkan kuasa dan kedaulatan! Dikuasakan oleh 1600 cc! Sebagai akibatnya, sebuah cruiser yang membawa gen Wunderlich SpeedCruiser kami yang sangat dihormati.

‘Jika Bagger adalah kereta sedan Amerika, maka konsep motosikal kami adalah kereta muscle.

‘Ia mampu membuat lebih lagi!’

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah