Categories: Berita

BMW Motorrad F 750 GS dan F 850 GS baru!

Model GS dan siri F BMW paling diminati oleh peminat bertahun-tahun ini dan pastinya salah satu pilihan terbaik yang boleh dibuat. Selepas hampir sepuluh tahun, BMW Motorrad kini telah mengubahsuai sepenuhnya semula model GS kelas tengah yang selaras dengan matlamatnya untuk mewujudkan jentera menunggang kurang rumit untuk semua jenis keadaan.

F 750 GS dan F 850 GS adalah model-model yang paling menarik. F 750 GS mempunyai tempat duduk yang rendah dengan output kuasa yang mengagumkan dan kos efektif. F 850 GS ini menawarkan lebih banyak kuasa dan tork berbanding dengan F 750 GS.

Related Post

Kedua-dua motosikal GS ini mempunyai enjin dua silinder dengan aci counterbalance dan firing interval dengan darjah 270/450. Fokus telah ditetapkan untuk mengurangkan tahap penggunaan bahan api di samping meningkatkan kuasa dan tork. Enjin 853cc mampu menghasilkan 57kW pada 7500rpm pada F 750 GS manakala F 850 ​​GS boleh menyampaikan 70kW pada 8250 rpm. Ia dikendalikan dengan kotak gear enam kelajuan.

Ia juga dilengkapi dengan klac jenis ‘anti-hopping’ untuk memberikan pengurangan yang dapat dilihat dalam kuasa operasi klac tangan

Mod tunggangan pada kedua-dua motosikal ini agak standard, ‘Road dan ‘Rain’ dan menurut BMW, ABS dan ASC memastikan keseronokan menunggang serta peningkatan keselamatan sebagai standard.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah