SELEPAS PEMBATALAN QATAR GRAND PRIX UNTUK KELAS MOTOGP, OR THAILAND GRAND PRIX TELAH DITANGGUH OLEH SEBAB CORONAVIRUS.

KENYATAAN RASMI

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan mengenai Thai Grandprix yang dijadualkan pada 22 Mac 2020.

“Oleh sebab wabak coronavirus terus berkembang, kerajaan Thailand telah memutuskan bahawa ia tidak akan menjalani OR Thailand Grand Prix pada tarikh asalnya. Oleh itu, FIM, IRTA dan Dorna menyesal untuk mengumumkan bahawa acara itu, yang bakal diadakan pada 22  Mac di Buriram, telah ditangguh.”

“FIM, IRTA dan Dorna sedang menilai jika terdapat tarikh alternatif untuk acara ini.”

Related Post

“Maklumat lanjut akan diberi tidak lama lagi.”

BERITA AWAL HARI INI

Awal hari ini Bangkok post melapor tentang ini sebelum kenyataan rasmi dari pihak penganjur. TImbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul kata keputusan untuk menagguhkan acara ini dibuat pada mesyuarat jawatankuasa penganjur. Acara ini ditangguh sehingga wabak coronavirus reda, kata Mr Anutin.

“Kita perlu menangguh OR Thailand Grand Prix 2020 di Buri Ram. Dijadualkan pada hujung Mac untuk tempoh yang tidak ditentukan sejak Covid-19 telah diumumkan. Satu penyakit merbahaya yang telah memberi impak negatif di seluruh dunia. Inilah masa untuk menangani masalah tersebut. Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai keputusan ini,” beliau menambah.

Sumber: Bangkok Post, MotoGP

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan