Categories: Berita

Harley-Davidson mengganti CEO Matthew Levatich

HARLEY-DAVIDSON MENGGANTI PRESIDEN DAN CEO MATTHEW LEVATICH. LEMBAGA PENGARAH MELANTIK BOARD JOCHEN ZEITZ SEBAGAI PRESIDEN DAN CEO INTERIM.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Harley pada Jumaat lepas, Presiden dan CEO Matthew Levatich telah meletak jawatan. Menurut sumber, hubungan Levatich dengan Harley-Davidson tamat selepas 26 tahun kerana Harley bergelut dengan jualan dan stok untuk beberapa tahun ini. Lembaga Pengarah (Board of Directors) telah melantik ahli lembaga pengarah semasa Jochen Zeitz sebagai Presiden dan CEO interim. Syarikat ini akan mengguna syarikat carian luar untuk melakukan carian untuk CEO baru. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat pada masa yang akan datang. Namun, Levatich akan bantu dengan peralihan jelang hujung Mac.

Saya sangat bertuah untuk dapat peluang untuk bekerja bagi syarikat yang dihormati seperti Harley-Davidson. Keazaman dan keberanian pekerja dan peniaga dan semangat mereka untuk membawa jenama kebebasan kami kepada semua orang seluruh dunia sentiasa memberi inspirasi. Saya bangga dengan apa yang telah kami capai dengan masa saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dalam satu tempoh yang paling mencabar dalam sejarah kami, dan saya yakin bahawa kemajuan yang telah kami lakukan pada Pelan More Roads akan meletakkan Harley-Davidson untuk kejayaan jangka panjang” kata Levatich.

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada perubahan kepemimpinan ini, Jochen Zeitz juga telah dinamakan Pengerusi Lembaga. Beliau akan kekal sebagai Pengerusi apabila Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik. Sebaliknya, Pengerusi Lembaga semasa, Michael Cave, kini menjadi Pengarah Pemimpin.

JOCHEN ZEITZ

Jochen Zeitz adalah ahli Lembaga Pengarah Harley-Davidson sejak 2007. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi dan CEO Puma dari 1993 hingga 2011. Beliau juga merupakan CFO dari 1993 hingga 2005. Selain itu, Zeitz juga merupakan Pengarah, ahli jawatankuasa dan CEO bahagian sports and lifestyle Kering. Beliau juga ahli lembaga Cranemere Group Limited dan lembaga pasukan B yang diasaskan bersama.

Related Post

Seperti dipetik dari kenyataan Harley, Zeitz kata, “Lembaga Pengarah dan Matt saling bersetuju bahawa sekarang adalah masa untuk pimpinan baru di Harley-Davidson. Matt memainkan peranan penting dalam pembentukan pelan pertumbuhan More Roads to Harley-Davidson dan kami akan melantik pemimpin baru untuk memacu perniagaan kami. Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Matt bagi perkhidmatannya selama 26 tahun untuk Harley-Davidson. Beliau telah bekerja keras untuk mengarah Syarikat melalui tempoh perubahan industri yang ketara sambil memastikan pemeliharaan salah satu jenama yang paling ikonik di dunia.”

Lembaga Pengarah Harley-Davidson dan pasukan pemimpin akan terus bekerja dengan rapat untuk mencari CEO baru. Kami mempunyai keyakinan melalui gabungan pengalaman kepimpinan kami serta pemahaman yang dalam mengenai Harley-Davidson akan memastikan peralihan berkesan. Sebagai salah satu ahli bersemangat Lembaga Pengarah Harley-Davidson saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan sekerja saya dan pemegang saham Harley-Davidson lain untuk memajukan dan menyampaikan strategi syarikat pada masa penting ini,” Zeith tambah.

MASA DEPAN

Kita hanya boleh tunggu dan lihat masa depan Harley. Dengan perubahan kepimpinan, kami tidak pasti apa yang akan berlaku kepada strategi “More Roads to Harley-Davidson”. Ini meletakkan model seperti HD338 dan model khas lain yang telah dirancang disoalkan.

Sumber: Harley Davidson

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah