Categories: Berita

Kawasaki ZX-4R sedia untuk dilancar

SEPERTI ZX-25R, KAWASAKI ZX-4R DIJANGKA AKAN DIPASARKAN KHUSUS UNTUK PASARAN ASIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki telah menangkap perhatian ramai sejak pelancaran ZX-25R di Indonesia. Gembar-gembur itu membawa kepada khabar angin pengeluar motosikal Jepun itu tampil dengan varian 400cc.

Dalam perkembangan terkini, sumber dari Jepun sudah pun mengesahkan model ZX-4R telah pun siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Related Post

Di sebalik berita yang menggembirakan, kemunculan model ZX-4R bukan lagi mengejutkan. Ini terutamanya memandangkan Kawasaki telah pun memfail paten seawal 2019. Penerangan dalam paten itu mungkin akan diperkenalkan pada model 400cc.

Menurut laporan media antarabangsa, Kawasaki ZX-4R akan mengikut acuan reka bentuk yang sama seperti ZX-25R termasuk kerangka tubular, dan swingarm keluli.

Walau bagaimanapun, ZX-4R akan datang dengan panel hadapan yang lebih tajam. Ini mengambil inspirasi daripada model ZX-10R dan grafik serta warna yang sama dengan ZXR750.

ZX-25R didakwa menghasilkan 50hp dengan bantuan Ram-Air. Oleh itu, ZX-4R dijangka menawarkan antara 70 hingga 80hp, menjadikan model ini paling berkuasa dalam kelasnya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah