KL Bike Show 2023: QJMotor SRK600RC & MBPMoto Baharu

Buat julung kalinya, Kuala Lumpur Bike Show 2023 bakal berlangsung di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) pada 24 Ogos ini

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Acara ini menawarkan pelbagai pameran motosikal dan aktiviti istimewa kepada pengunjung, terutamanya peminat motosikal. Penganjuran ini akan melibatkan MForce Bike Holdings, pengedar rasmi bagi jenama-jenama seperti QJMotor, Benelli, SYM, Brixton, WMoto, Keeway, dan Moto Morini.

Menariknya, KLBS’23 juga akan menjadi platform untuk memperkenalkan jenama baharu untuk pasaran tempatan, iaitu MBPMoto (Moto Bologna Passione), oleh MForce. Selain itu, MForce berancang untuk memperkenalkan model baru dari QJMotor untuk pasaran Malaysia.

Related Post

Berdasarkan maklumat di media sosial MForce TV, jentera “4-dapur” yang akan diperkenalkan adalah QJMotor SRK600RC. SRK600RC merupakan model yang sama dengan SRK600RR, namun hadir dengan grafik dan livery yang terinspirasi oleh pasukan QJMotor Gresini di Moto2.

QJMotor SRK600RC ini didatangkan dengan enjin 4-silinder 600cc 16-valve yang menggunakan sistem penyejukan cecair. Enjin ini memberikan kuasa sebanyak 81hp pada 11,000rpm dan tork 51Nm pada 10,500rpm.

Beberapa ciri menarik lain yang ditawarkan termasuk sistem brek Brembo, sistem ABS dwi-saluran, fork USD, serta monoshock dari Kayaba (KYB). SRK600RC juga dilengkapi dengan panel meter TFT 5-inci, lampu LED penuh, dan port USB sebagai ciri-ciri moden.

Maklumat rasmi termasuk harga untuk SRK600RC dijangka akan diumumkan semasa KLBS’23 berlangsung dari 24 hingga 27 Ogos.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz