Categories: Event

Ducati menampilkan koleksi motosikal baru di Ducati World Premiere 2019

Ducati World Premier 2019 merupakan satu kejayaan oleh kerana ia merupakan suatu tindakan terakhir dari Global Dealers Conference, sebuah acara yang menyatukan peniaga Ducati (kira-kira 1,000 orang yang mewakili 734 kedai Ducati dari 91 negara). Acara ini telah dianjurkan semalam (Ahad 4 November) di teater Linear Ciak, Milan. Motosikal generasi baru bagi 2019 didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali.

Claudio Domenicali berkata, “Ducati telah mencapai tahap kematangan yang membanggakan. Ia juga merupakan ikon global dan pembawa bendera untuk beberapa aspek terunggul yang dibina oleh kecemerlangan Itali. Jenama kami berdasarkan nilai teras seperti, Gaya, Kecanggihan dan Prestasi dan kini kami menawarkan generasi baru yang mempunyai kemampuan yang lebar serta state-of-the-art.”

Dia juga menambah,”Tahun ini merupakan suatu pembaik pulih yang besar terhadap setiap generasi Scrambler sejak kemunculannya serta pembaharuan yang lengkap bagi Diavel dan Hypermotard, dua motosikal yang amat popular antara Ducatisti. Kini, keselamatan dan keramahan penunggang telah meningkat ke tahap baru tetapi jiwa kesukanan jenama ini masih jelas. Motosikal Panigale V4 R, sebenarnya merupakan motosikal pengeluaran yang terpantas dari Ducati. Kami juga gembira dengan pengaruh kami atas talian, satu kawasan yang telah menikmati pertumbuhan yang amat baik yang turut mengesahkan daya tarikan product Ducati yang luar biasa.

Related Post

Antara model baru bagi tahun 2019 adalah Panigale V4 R, Diavel 1260/S, Hypermotard 950/SP, Multistrada 1260 Enduro, Multistrada 950/S, Scrambler Icon, Scrambler Full Throttle, Scrambler Desert Sled dan Scrambler Cafe Racer. Versi baru yang ditampilkan ialah Monster 821 Stealth, Monster ulang tahun ke-25 dan Panigale V4 S Corse.

Multistrada 950 S yang baru ini merupakan satu kenaikan taraf daripada Ducati ‘multibike’. Multistrada ini mempunyai teknologi yang canggih untuk memperbaiki keselamatan serta keseronokan menunggang dengan suspensi elektronik Ducati Skyhook (DSS), Ducati Quick Shift up & down (DQS), lampu depan LED, 5” paparan color TFT, sistem Hands Free, cruise control dan backlit switchgear controls. Motosikal ini juga mempunyai side ‘wings’ yang lebih besar dan juga dilengkapi dengan kontrol hidraulik dan Bosch ABS Cornering.

Diavel 1260 yang terbaru ini merupakan satu motosikal yang amat unik dengan gaya baru yang berciri sport naked dengan baka enjin yang terbaik. Enjin ini ialah enjin testastretta DVT 1262 yang mampu menjana 159 hp (177 kW) pada 9,500 rpm dan 129 Nm (13.1 kgm) pada 7,500 rpm.

Panigale V4 S Corse pula mempunyai gaya yang menarik oleh kerana ia telah direka dengan penggunaan warna pasukan rasmi Ducati MotoGP. Warna bagi versi istimewa ini juga merupakan skema warna yang telah diguna oleh Michele Pirro semasa kejuaraannya dalam Race of Champions di WDW2018.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah