Categories: Konsep & Kustom

MV Agusta Superveloce 800 untuk 2019 dipamerkan di EICMA

MV Agusta memang pakar dalam pembinaan motosikal dan hasil kerja mereka dikenali sebagai kesenian unggul. Projek terkini mereka, Superveloce 800 adalah satu contoh keupayaan dan kepakaran yang jenama Itali ini mampu menghasil.

Walaupun motosikal ini masih dalam fasa konsep, MV Agusta telah mengesahkan bahawa Superveloce 800 ini sebenarnya adalah tambahan kepada koleksi motosikal baru bagi 2019 dan akan dihasilkan pada separuh kedua tahun depan. Superveloce 800 telah menangkap perhatian orang ramai di acara motosikal, EICMA Milan.

Berdasarkan generasi baru, F3 800 supersport machine, MV telah pun bercadang untuk memberi Superveloce itu dengan sentuhan klasik. Fairing mengaris arus, lampu depan yang besar dan bulat dengan LED, plexiglass warna kuning pada bahagian atas front cowl dan diakhiri dengan bahagian belakang yang bergaya serta dilengkapi dengan LED stoplight bulat.

 

Related Post

MV Agusta belum lagi memberi sebarang maklumat teknikal tentang konsep Superveloce 800 tetapi kami tahu bahawa fairing yang diguna diperbuat daripada karbon fiber. Kami menganggap MV Agusta akan menukar kepada plastic sebagai versi pengeluaran terakhir ataupun, menjual versi special dengan karbon fiber.

Seperti yang dikatakan, motosikal konsep ini berdasarkan F3 800 machine yang bermaksud ia mempunyai enjin tiga silinder yang mampu menjana sebanyak 150 hp dalam versi stok. Casis, suspensi, brek dan pakej elektronik EAS 2.0 yang berkesan patut disimpan pada versi pengeluaran Superveloce.

Apa pendapat anda tentang konsep Superveloce 800 ini dari MV Agusta?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah