Categories: Berita

Cara buat janji temu dalam talian – pembaharuan lesen dan cukai jalan

EMPAT LANGKAH MUDAH UNTUK MENEMPAH TEMU JANJI DALAM TALIAN UNTUK PEMBAHARUAN LESEN DAN CUKAI JALAN!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa semua pemandu dan pemilik kenderaan perlu memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021. Penguatkuasaan oleh polis akan dilaksanakan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan mulai 1 Oktober 2021.

Related Post

Cawangan-cawangan Pos Malaysia telah sambung perkhidmatan kaunter untuk pembaharuan lesen dan cukai jalan di seluruh negara mulai 9 Ogos 2021. Manakala, memandangkan situasi Covid-19 semasa, Pos Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan menerima walk-in untuk mengelakkan kesesakan.

Oleh itu, pengguna digalakkan untuk membuat janji temu dalam talian. Ini boleh dilakukan melalui laman web Pos Malaysia atau di aplikasi Pos Malaysia. Pengguna yang belum memuat turun aplikasi boleh melakukannya melalui Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery.

SEBAIK SAHAJA ANDA MEMUAT TURUN APLIKASI, ANDA HANYA PERLU MENGIKUTI EMPAT LANGKAH MUDAH:

  1. Di bawah outlet finder, anda akan dapat melihat pautan di bawah alamat cawangan pejabat pos pilihan anda.
  2. Klik pautan dan anda akan lihat halaman janji temu.
  3. Anda boleh memilih perkhidmatan pilihan anda serta tarikh dan masa (bergantung pada ketersediaan).
  4. Masukkan maklumat hubungan anda dan janji temu anda telah ditetapkan.
Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah