Empat belas pelajar dari Universiti Zurich, Switzerland, telah ditugaskan untuk mereka sebuah produk sebagai satu projek dan apa yang mereka telah cipta adalah Ethec, sebuah motosikal elektrik yang mempunyai jarak perjalanan sedikit lebih daripada 400 km.

Pasukan ini terdiri daripada jurutera mekanikal dan elektrik, jadi reka bentuk itu bukanlah keutamaan yang paling besar.

Related Post

Tetapi Ethec menawarkan lebih daripada apa yang mampu dilihat: bateri 15 kWh lithium-ion besar yang dipasang dalam unit monobody dan pasukan ini juga telah memasang motor pada bahagian depan roda untuk mendapatkan tenaga yang hilang semasa menggunakan brek.

Untuk menyejukkan bateri, Ethec menggunakan sistem penyejukan minyak, manakala penunggang akan mengawal keseluruhan apa yang berlaku pada motosikal melalui skrin 7” dengan navigasi, dan motosikal ini akan bermula hanya dengan menekan butang.

Kami tidak pasti apa yang perlu difikirkan tentang gaya motosikal ini, tetapi jika Ethec benar-benar dapat mencapai jarak lebih daripada 400 km seperti yang diumumkan, maka ini akan menjadi satu lagi langkah ke arah yang betul untuk pemotoran elektrik dua roda.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan