Categories: Berita

Elon Musk menentang idea motosikal dengan lencana Tesla

Motosikal elektrik seperti yang sedang berlaku dengan kereta elektrik adalah masa depan pengangkutan dan kebanyakan jenama sedang membangunkan cara inovatif untuk membawa enjin elektrik kepada kami.

Tesla, yang dimiliki dan diasaskan oleh jutawan Elon Musk, adalah salah seorang pemain teratas di dunia elektrik, dan oleh sebab itu, ia amat logik mereka akan membuat versi dua roda kereta Tesla.

Tetapi itu tidak akan berlaku, sekurang-kurangnya menurut komen terkini Elon Musk semasa mesyuarat pemegang saham 2018 firma itu.

Menurut beberapa laporan, Elon Musk menghadiri mesyuarat tersebut dengan jaket kulit dan itu yang membuatkan seseorang membuat persoalan: adakah Tesla akan membina sebuah motosikal elektrik?

Related Post

Jawapan Elon amat jelas mengenai perkara ini dan mengatakan bahawa walaupun beliau pernah menunggang motosikal, dia percaya motosikal amat bahaya, jadi Tesla tidak akan melibatkan diri dalam pembinaan sebuah motosikal baru dengan lencana Tesla.

“Saya sebenarnya menunggang motosikal apabila saya masih keci lagi, dirt-biking selama lapan tahun atau sesuatu. Kemudian saya memiliki motosikal jalan sehingga saya berumur 17 tahun, dan hampir dibunuh oleh lori. Jadi kita tidak akan membina motosikal”.

Adakah anda percaya Elon Musk betul untuk berfikir sebegini?

Dengan pembangunan kebanyakan teknologi hari ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan Tesla sebagai jenama yang sentiasa mempunyai pemikiran tentang masa depan, sepatutnya mereka juga perlu berfikir tentang pembangunan sebuah motosikal elektrik.

Beritahu kami pendapat anda di ruang komen di bawah ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah