Categories: Berita

WMoto Xtreme 150i SE 2022 dengan warna baru pada RM10,688

BACA KEMASKINI TERKINI UNTUK WMOTO XTREME 150I SE 2022 YANG DILANCARKAN BAGI PASARAN MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

WMoto Xtreme 150i ialah skuter ‘urban adventure’ yang dipasarkan di Malaysia sekitar Julai 2021 melalui pengedar rasmi MForce Bike Holdings.

Selepas setahun motosikal itu dipasarkan di Malaysia, MForce kini memperkenalkan WMoto Xtreme 150i Edisi Khas (SE) yang menampilkan pilihan warna Hijau Vibrant.

Related Post

Namun, selain daripada pilihan warna baharu untuk 2022, tiada perubahan dari segi spesifikasi dengan Xtreme 150i SE masih dikuasakan oleh enjin SOHC satu silinder 149.3cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 12.1hp pada 8,500rpm dan 11.8Nm pada 5,000rpm.

Berat motosikal dihadkan pada 143kg dan ia mempunyai kapasiti tangki sebanyak 11L. Ia dilengkapi dengan fungsi start-stop, sistem ABS dan fork USD. Ia mempunyai monoshock belakang boleh laras dan pengecas USB. Cermin depan juga boleh laras.

Mneurut info yang dikongsikan oleh penjual tempatan, WMoto Xtreme 150i SE ini dipasarkan pada harga RM10,688.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah