Categories: Berita

PDRM menawar diskaun 50% bagi saman trafik hingga 21 May!

PDRM SEDANG MENAWAR DISKAUN HINGGA 50% BAGI SAMAN TRAFIK DARI 18 – 21 MAY!

PDRM mengumumkan satu lagi diskaun sehingga 50% pada hampir semua saman untuk masa terhad. Adakah anda mempunyai saman tertunggak dan merancang untuk mengguna diskaun ini? Ini adalah semua yang anda perlu tahu mengenai tawaran tersebut!

Bukan semua saman trafik layak untuk diskaun. Seperti yang disenaraikan dalam kenyataan rasmi PDRM, diskaun 50% bukan untuk kemalangan trafik atau Operation safe (dari 2019 dan 2020). Tambahan pula, saman berkaitan pada lori atau kes yang diklasifikasikan sebagai tidak boleh dikompaun, kes mahkamah, dalam perbicaraan, dan waran tangkap juga tidak layak untuk diskaun.

Related Post

Selain itu, tawaran ini tersedia dari 18 hingga 21 Mei dan hanya tersedia atas talian. Walaupun jangka masa singkat anda boleh menggunakan kaedah pembayaran atas talian yang sesuai seperti MyEG dan RILEK untuk melunaskan saman trafik anda dari rumah.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah