Pasukan kilang Yamaha MotoGP sedang mengalami fasa buruk, tanpa sebarang penunggangnya, Maverick Viñales dan Valentino Rossi, dapat memperoleh kemenangan yang sangat diperlukan untuk pasukan Jepun. Masalah dengan prototaip M1 diketahui oleh penunggang dan juruteknik, dan kekurangan cengkaman dan percepatan adalah masalah terbesar yang harus diselesaikan.

Sebelum permulaan Aragon GP, yang akan berlaku pada hujung minggu depan di litar Motorland Aragon, Valentino Rossi menjawab soalan wartawan tanpa cuba mengelakkan soalan yang sukar, dan pelumba Itali adalah yang pertama untuk memberitahu kami apa yang akan berlaku di Yamaha , atau tidak akan berlaku.

Ramai percaya bahawa Yamaha boleh menukar konfigurasi enjin M1 dari inline empat silinder kepada V4. Honda, Ducati, Aprilia dan KTM sedang mengguna enjin V4, manakala Suzuki satu pasukan atau pengilang sahaja yang masih mengguna enjin inline empat.

Related Post

Tetapi Rossi menjelaskan bahawa Yamaha, sekurang-kurangnya sehingga dia bersara, akan terus menggunakan jenis enjin semasa, walaupun Juara Dunia sembilan kali meminta Yamaha membuat perbaikan pada motosikal untuk mendapatkan kemenangan.

“Seperti yang saya perhatikan, enjin hanya adalah sebahagian daripada masalah bukan masalah utama. Memang benar dengan peraturan semasa kami tidak boleh membuat sebarang perubahan terhadap enjin tetapi kami masih boleh mengubah bahagian elektronik. Ya kita boleh memperbaiki enjin kami tetapi itu tidak akan selesaikan semua masalah. Saya tidak percaya bahawa Yamaha mempunyai hasrat untuk menukar dari enjin inline empat, sekurang-kurangnya sehingga saya bersara. Mereka akan menyimpan inline empat, dan berharap ia berjalan lancar!”.

Adakah kita akan lihat sebarang peningkatan kepada keputusan pasukan Yamaha kilang? Atau adakah mereka akan terus jauh dari orang seperti Honda dan Ducati?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah