Categories: Berita

Emflux One bermatlamat untuk menjadi motosikal elektrik yang berpatutan

sumber gambar: Electrek

Sektor motosikal elektrik kian hari kian berkembang dengan nama besar dalam industri seperti Harley-Davidson dan mungkin Triumph Motorcycles. Firma baru ini di India juga akan menyertai pemain besar dengan ciptaan terkini mereka. Startup kenderaan elektrik yang berpusat di Bangalore, Emflux telah membangun motosikal elektrik pertama mereka selama dua tahun yang lalu yang bernama Emflux One. Matlamat motosikal ini adalah untuk menjadi motosikal elektrik berpatutan dalam industri dua roda.

Firma ini telah menunjukkan prototaip motosikal mereka dan ia terdiri daripada komponen berkualiti tinggi serta beberapa spesifikasi yang mengagumkan. Motosikal ini juga mungkin menjadi salah satu pesaing utama untuk memastikan julat harga yang berpatutan dan prestasi yang berkualiti.

sumber gambar: Electrek

Related Post

Berat motosikal ini ialah 169 kg (373 lbs). Maklumat mengenai bateri yang digunakan agak kurang buat semetara waktu tetapi menurut  Electrek, ia mampu mencapai 0-80% dalam 36 minit.

Emflux One mempunyai motor 50 kW (71 hp) yang sejukkan cecair. Ia mampu menghasilkan tork sebanyak 84 Nm (62 lb-ft) bersama swingarm satu sisi motosikal ini. Emflux One juga mampu mencapai 0-100 km/j (0-60 mph) dalam 3.0 saat. Ia dijangka mempunyai jarak gerak sebanyak 200 km (121 mi) hanya dalam satu cas baterinya.

Motosikal ini mungkin mempunyai tanda harga $9,000. Ia akan mempunyai sistem brek anti kunci dan kawalan traction.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan