Categories: BeritaKonsep & Kustom

BMW menunjuk motosikal konsep futuristik R110R KHAN

Kadangkala, apabila terdapat sesuatu yang terlalu baik, ia mungkin tidak wujud!

BMW selama ini telah memeluk identitinya dengan reka cipta dan konsep yang mengagumkan. BMW R110R KHAN tidak berbeza dari yang lain, dengan reka badan yang menakjubkan dan adalah satu motosikal impian kita. Namun, kami mungkin tidak dapat lihat konsep ini menjadi satu kenyataan……sehingga sekarang.

Pereka dari Turki, Mehmet Erdem, telah menghasilkan R110R KHAN yang kelihatan lebih dari sebuah motosikal dan menyerupai sebuah jentera baru! Ia mempunyai tayar belakang yang besar, posisi menunggang forward-leaning, motor besar serta badan yang agresif.

BMW R110R KHAN | Sumber gambar: BMW Actu

Related Post

Motosikal ini menyenangkan mata kami tetapi kami tidak pasti jika ia praktikal untuk cruising memandang reka badan motosikal ini amat besar. Namun, motosikal ini merupakan satu konsep yang sederhana seawal 1994 dengan enjin yang menghasilkan 80 hp dan kelajuan tertinggi sebanyak 120 mph.

BMW R1100R KHAN | Sumber gambar: Mehmet Doruk Erdem

BMW R1100R KHAN | Sumber gambar: Mehmet Doruk Erdem

Dengan peningkatan kadar pembangunan motosikal konsep, kami mungkin akan mendapat peluang untuk melihat reka cipta ini dihasilkan. Tetapi buat masa kini, ia hanya satu konsep.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah