Ahmad Iqram Danish dari Yamaha Estremo 27 menyasarkan kedudukan tiga terbaik dalam Pusingan 9 Cub Prix Malaysia.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Bertanding dalam kategori Wira KBS, Iqram berazam untuk memperbaiki kedudukan keseluruhannya.

Musim ini, sebagai rookie, Iqram beralih daripada perlumbaan Super Series, di mana dia berakhir di tempat keempat musim lalu.

Bagi kategori One-Make, dia meraih podium sebanyak lima kali, menunjukkan dia mampu bersaing dengan tahap yang lebih tinggi. Pada masa ini, dia berada di tempat ketiga keseluruhan dengan 118 mata.

Iqram akui terdapat cabaran beralih ke kategori Wira KBS, “Saya tidak begitu yakin dan agak susah juga untuk menyesuaikan diri.

Related Post

Lebih-lebih lagi dengan jentera “injection” buat pertama kali. Walaupun pencapaian saya setakat ini, boleh dikatakan agak memuaskan, namun masih banyak lagi untuk saya belajar.

Bagi saya, perbezaan yang ketara di antara “one-make” dengan kategori ini adalah pelumba-pelumba dimana, di kategori “one-make”, ramai yang baru manakala di kategori Wira, ramai yang sudah berpengalaman.”

“Selalunya, untuk mengatasi cabaran di litar teknikal, saya banyak bertanya kepada pelumba-pelumba yang “senior”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz