Categories: Berita

Anda boleh menempah Ducati Corse 2019 Official Yearbook

DUCATI CORSE 2019 OFFICIAL YEARBOOK KINI SEDIA UNTUK TEMPAHAN. JIKA ANDA LAKUKANNYA SEKARANG ANDA AKAN DAPAT HINGGA 35% DISKAUN.

Ducati Corse 2019

Memang benar bahawa iMotorbike memberi anda berita terbaik dan terkini dalam dunia sukan motor. Tetapi bagi peminat Ducati, terdapat satu buku yang anda perlu miliki. Ducati Corse 2019 Official Yearbook membenarkan kami untuk melihat dunia perlumbaan Ducati.

Ia mempunyai 208 muka surat dengan lebih daripada 350 gambar warna. Ia mengingatkan kami dengan detik-detik yang paling menarik dalam musim perlumbaan 2019. Diilustrasi oleh jurugambar sukan dan dikumpulkan dalam buku tahunan pengumpul elegan ini.

Edisi tahun ini lebih bermaklumat berbanding dengan edisi sebelum ini dan mencerminkan sifat prestif yang telah dibina oleh jenama ini dalam sejarah MotoGP dan Superbike.

Related Post

Ducati Corse 2019 Official Yearbook hanya sedia untuk diterbitkan pada hujung musim perlumbaan tetapi penerbit telah meletakkan buku itu pada harga yang telah diskaun.

Jika anda ingin menempah satu salinan Ducati Corse 2019 Official Yearbook, sila klik di sini.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan