Categories: BeritaSukan Motor

Cooper Webb akan terlepas dua perlumbaan terakhir kerana kecederaan lutut

PELUMBA RED BULL KTM COOPER WEBB MEMERLUKAN BEBERAPA MINGGU UNTUK PEMULIHANNYA.

Cooper Webb | Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

Ia telah diumumkan hari ini bahawa Cooper Webb tidak akan berlumba dalam dua pusingan akhir AMA Pro Motocross Championship 2019. Pelumba Red Bull KTM Factory Racing Team telah mengalami kontusi tulang pada lutut kaki kiri semasa Moto 1 Unadilla National pada hari Sabtu.

Kecederaan ini tidak begitu teruk dan tidak memerlukan sebarang pembedahan. Namun demikian, Webb memerlukan beberapa minggu untuk pemulihannya. Selepas kemalangannya di moto pertama di Unadilla, dia kemudian menunggang semula dan tidak sertai untuk moto kedua.

Related Post

Cooper Webb | Sumber gambar: Akrapovic

Cooper Webb, juara bertahan AMA Supercross, kini berada pada keenam keseluruhan dalam 450 Championship Standings.

“Webb, qualifier tempat kedua, tidak mendapat permulaan yang terbaik dalam moto pertama kerana dia tamat pusingan pembukaan pada tempat kesembilan. Dia segera menolak sehingga keenam pada pusingan kelima. Di sana, dia berada dalam jarak yang paling dekat dari kedudukan lima teratas. Dengan kira-kira lima pusingan lagi, dia akhirnya meninggalkan trek kerana kesakitan di lutut kirinya. Webb dan pasukannya membuat keputusan yang sukar untuk tidak berlumba dalam moto kedua dan pelumba North Carolina akan pulang ke rumah dan dinilai oleh doktor secepatnya,” kata Red Bull KTM.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan