Categories: Sukan Motor

MotoGP – Peraturan baru untuk jumpstarts dan sliders

THE WORLD CHAMPIONSHIP ADOPTS NEW SPORTING AND TECHNICAL RULES FOR MOTOGP, MOTO2 AND MOTO3 CLASSES.

Sumber gambar: Iwanbanaran

Untuk beberapa tahun peraturan World Championship tidak mendapat perubahan yang memberikan kejohanan stabiliti namun, selalu ada keperluan untuk penambahbaikan.

Dari mesyuarat yang diadakan di litar Red Bull Ring Austria, Grand Prix Commission mengumumkan satu set peraturan kesukanan dan teknikal baru.

Peraturan Sukan

Bendera hitam dengan cakera oren: Riders yang dikehendaki meninggalkan litar dengan paparan bendera ini perlu dibenarkan oleh pihak rasmi untuk menyertai semula trek. Peraturan ini bermula dengan serta merta.

Related Post

Jumpstart: Penalti tetap untuk jump start ditukar dari pit lane ride ke kewajipan untuk melakukan dua “pusingan panjang”. Pusingan panjang mesti disiapkan dalam tempoh lima pusingan penunggang diberitahu tentang penalti.

Peraturan Teknikal

Tayar kelas Moto3 dan Moto2 Class: Pelumba yang datang dari Qualifying Practice 1 ke Qualifying Practice 2 kini akan mendapat tayar depan tambahan. Para pelumba ini sudah pun menerima tayar belakang tambahan. Peraturan ini bermula dengan serta merta.

Bahan yang digunakan dalam “Sliders”: Dengan serta merta tidak dibenarkan untuk mengilang ataupun mengubahsuai lutut atau sliders lain untuk memasukkan sebarang bahan yang apabila menyentuh permukaan trek, boleh menyebabkan gangguan visual kepada pelumba lain.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah