Categories: Berita

CFMoto 1250 TR-G sedia untuk debut di Eropah

CFMOTO 1250 TR-G LIHAT SEDIA UNTUK KETIBAANNYA DI EROPAH.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal China CFMoto pada mulanya memperkenalkan 1250 TR-G sebagai sebahagian daripada jentera penguatkuasa polis di China sebelum dijual kepada orang ramai tahun lepas.

Namun, motosikal grand tourer terbabit dikhabarkan bakal memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi.

Ini juga akan menyaksikan CFMoto 1250 TR-G bersaing dengan jenama motosikal Eropah seperti BMW R 1250 RT, Kawasaki GTR 1400 dan Yamaha FJR1300.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, CFMoto 1250 TR-G telah dibangunkan dengan enjin V-Twin 1279cc daripada KTM yang menjana 140hp dan 120Nm. Kuasa kemudian disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi 6-kelajuan.

Related Post

Selain dikuasakan oleh enjin KTM, 1250 TR-G juga menawarkan pendikit elektronik, klac jenis selipar multi-plat dan empat mod tunggangan termasuk Sport, Street, Rain dan Athletic.

Kerjasama dengan KTM turut menyaksikan 1250 TR-G menggunakan kerangka trellis, suspensi Marzocchi-130mm di depan dan 128mm di belakang serta swingarm aluminium.

CFMoto 1250 TR- juga didatangkan dengan tangki 23L, cakera brek berkembar depan 320mm dan cakera brek tunggal belakang 270mm. Ia menampilkan kaliper brek Brembo dan juga dilengkapi dengan ABS.

Mengenai harga, CFMoto 1250 TR-G ini dijual di China pada harga CNY99,980 (RM66k).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah