Categories: Berita

Berita Ninja 250 masih terhad walaupun sudah Q2 2022

MODENAS SEBELUM INI MENGUMUMKAN BAHAWA MODENAS NINJA 250 AKAN DILANCAR PADA HUJUNG SUKU PERTAMA 2022 TETAPI JENTERA TERSEBUT MASIH BELUM DILIHAT.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Seperti yang ramai sedia maklum, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah diumumkan sebagai pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia.

Perkongsian itu dimeterai selepas Kawasaki Heavy Industries (KHI) meningkatkan pegangan ekuitinya dalam Modenas daripada 19 peratus kepada 30 peratus pada 2019.

Pada Oktober tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyambung semula kerjasamanya dengan Kawasaki bermula pada 2022.

Roslan menyatakan model yang pernah ditayangkan sebelum ini iaitu Modenas Ninja 250 akan dilancarkan sekitar penghujung suku pertama 2022.

Related Post

Malaysia kini telah memasuki bulan terakhir Suku Pertama 2022 dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Suku Kedua bermula.

Walaupun begitu, berita mengenai penjenamaan semula Ninja 250 masih terhad. Ini walaupun kilang di Gurun sudah menyediakan kemudahan pemasangan model Kawasaki seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Mengikut maklumat yang diperoleh sebelum ini, Modenas akan menjenamakan semula beberapa model Kawasaki dari 250 ke 650cc. Bagaimanapun, sumber melaporkan perkara ini masih dalam perbincangan.

Setakat ini, Modenas membuka tirai 2022 dengan melancarkan skuter kompak, Karisma 125S dengan harga RM5,397.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah