Categories: Berita

Royal Enfield Scram 411 dilancar di India

ROYAL ENFIELD SCRAM 411 BAHARU ADALAH JENTERA HIMALAYAN YANG MAMPU MENJANA 24.3HP PADA 6,500 RPM DAN TORK 32NM PADA 6,500 RPM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Royal Enfield telah pun memperkenalkan ahli baharu kepada keluarga Himalaya melalui Scram 411.

Royal Enfield Scram 411 dicipta daripada Himalaya 411. Hasilnya, model itu turut dikuasakan oleh enjin 411cc SOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 24.3hp @6,500rpm dan 32Nm @6,500rpm. Kuasa disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi 5-kelajuan.

Sistem suspensi dikendalikan oleh fork depan teleskopik 41mm dengan jarak pergerakan 190mm manakala mono-shock belakang menawarkan pergerakan 180mm.

Related Post

Spesifikasinya adalah sama seperti yang didapati pada Himalaya 411 2022.

Walaupun Scram 411 menawarkan ciri motosikal urban, komponen brek juga sama seperti Himalaya 411, dengan angkup brek dua piston di depan dipadankan dengan cakera brek 300mm dan angkup satu omboh dengan cakera brek 240mm.

Kawalan brek juga diawasi dengan bantuan ABS dwi-saluran.

Pada masa sama, Scram 411 masih didatangkan dengan rim jenis ‘wire spoke’ sama seperti Himalaya 411 dan model baharu ini masih boleh ditunggang pada permukaan lasak.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah