Categories: Berita

Honda ST125 Dax 2023 kembali dengan gaya

HONDA ST125 DAX DIJANGKA AKAN DIJUAL DI PASARAN EROPAH TIDAK LAMA LAGI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Desas-desus mengenai kepulangan Honda Dax menjadi tajuk utama selepas hilang selama lebih 40 tahun dalam dunia jentera dua roda.

Majalah motosikal Jepun, Young-Machine, juga menerbitkan imej ‘render’ pada bulan Februari yang menggambarkan penampilan Dax. Tambahan pula, Honda akhirnya memperkenalkan ST125 Dax untuk pasaran global melalui pelancaran global yang berlangsung pada hari Isnin.

Diperkenalkan sebagai model 2023, Honda ST125 Dax akan menyertai portfolio MiniMoto Honda dengan Monkey dan MSX125 Grom.

Honda ST50 Dax 1969 asli

ST125 Dax generasi baharu dikuasakan oleh enjin satu silinder SOCH 124cc dengan penyejukan udara yang mampu menjana 9.25hp dan 10.8Nm. Kuasa enjin kemudian disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi 4-kelajuan dengan bantuan klac ‘centrifugal’.

Related Post

Dengan berat hanya 107 kilogram, ST125 Dax didatangkan dengan fork ‘terbalik’ 31mm, penyerap hentak belakang berkembar, roda 12 inci, dan lampu depan LED penuh.

Motosikal Honda terbaru ini turut didatangkan dengan paparan LCD digital dan hendal krom penuh.

Berbanding Monkey 125 yang hanya boleh ditunggangi oleh seorang, penggunaan kerangka besi membolehkan ST125 Dax ini menempatkan penunggang dan pembonceng.

ST125 Dax juga didatangkan dengan cakera brek depan 220mm, cakera brek belakang 190mm, kaliper brek hidraulik dan ABS saluran tunggal.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah