KEMAS KINI MOTOGP 2020: CEO SIC; DATO’ RAZLAN RAZALI TELAH MEMBERI KENYATAANNYA MENGENAI ISU SEMASA DENGAN CORONAVIRUS (COVID-19). JUGA, SIC TIDAK MEMPUNYAI PELAN UNTUK MENGANJUR PERLUMBAAN KEDUA MOTOGP.

Sepang International Circuit baru melepaskan kenyataan media. Ini mengenai berita terkini dimana Malaysia dijangka menjadi tuan rumah untuk MotoGP kedua. Dalam kenyataan tersebut, CEO SIC, Dato’ Razlan Razali kata mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan perlumbaan kedua. Beliau turut menyebut tentang isu semasa dengan coronavirus.

KENYATAAN RASMI OLEH CEO SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, DATO’ RAZLAN RAZALI

Khamis, 12 Mac 2020 – Berdasarkan berita-berita terkini mengenai Malaysia dijangka menjadi tuan rumah bagi MotoGP kedua oleh sebab penangguhan litar lain, SIC tidak mempunyai rancangan untuk menganjurkan perlumbaan kedua.

Related Post

Dengan situasi semasa mengenai Coronavirus (CoVid-19) di Malaysia dan seluruh dunia, bersama dengan nasihat dari Ministry of Health (MOH), keselamatan para peminat, pasukan, pelumba dan kakitangan terlibat adalah keutamaan kami.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menasihati semua orang untuk sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang telah dikeluarkan dan kami harus sentiasa bertabah dan berharap dapat menonton perlumbaan kegemaran kami tidak lama lagi.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan