Pengilang motosikal Itali, Ducati, berpusat di Borgo Panigale, mungkin berminat memasuki pasaran off-road dengan kemungkinan membina dan melancarkan motosikal motocross. Tidak banyak maklumat diberi mengenai projek ini, tetapi menurut beberapa blog, ia mungkin menjadi kenyataan.

Pelan Ducati untuk memasuki segmen motocross bukan sebuah idea yang baru dan lima tahun telah pun berlalu apabila pengilang Itali ini memutuskan untuk mengabaikan projek ini.

Dengan rekod jualan tahun lepas dan keputusan yang mengagumkan pada trek, terutamanya dalam MotoGP bermaksud strategi Ducati adalah baik dan kini mereka boleh mengalih fokus mereka kepada lebih projek istimewa.

Related Post

Motosikal motocross dari Ducati akan mempunyai enjin silinder tunggal dan sesaran sebanyak 450 cc. Enjin ini walaupun direka untuk penggunaan off-road dalam model motocross ini dijangka akan dilengkapi pada model jalan Ducati masa depan. Domenicali telah pun berkata jenama dia mungkin membangun motosikal kapaciti rendah dengan niat untuk mendapatkan jualan yang lebih besar di negara-negara Asia di mana motosikal berkapasiti rendah adalah penjual terbaik.

Adakah kita benar-benar akan melihat Ducati mencipta motosikal motocross 450 cc?

Kami yakin bahawa Ducati mungkin akan mengejutkan kita semua dalam masa terdekat!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan