Categories: BeritaSukan Motor

WorldSBK: Hafizh Syahrin akan uji Honda CBR1000RR-R Januari depan

HAFIZH SYAHRIN AKAN MEMBUAT DEBUT DALAM KEJOHANAN DUNIA SUPERBIKE (WORLDSBK) BERSAMA MIE RACING HONDA TEAM, JANUARI DEPAN DI SEPANYOL.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Bekas pelumba Moto2 negara bersama rakan sepasukan Leandro Mercado akan menguji jentera Honda CBR1000RR-R.

“Saya tidak pernah tunggang jentera ini. Ujian itu mungkin sekitar akhir Januari atau awal Februari di Sepanyol,” jelasnya.

Related Post

Sementara itu, dalam usaha mengejar keserasian yang lebih baik, pelumba berusia 27 tahun itu berharap dapat menguji jentera baharu itu di Malaysia selepas pulang dari London.

Hafizh berharap penaja utama, UMW Grantt International akan terus menemaninya ke WorldSBK.

“Saya harap ada peluang untuk meneruskan kerjasama kita semula. Terima kasih UMW kerana membantu saya dalam Moto2, termasuk menanggung kos latihan dan perjalanan,” tambah Hafizh.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan