Categories: BeritaSukan Motor

Money Talks : Gaji pelumba MotoGP 2020

INI ADALAH SENARAI GAJI TIDAK RASMI PELUMBA MOTOGP YANG BERSAING DALAM MUSIM 2020.

Awal tahun tahun lepas kami memaparkan artikel dengan gaji pelumba MotoGP dari musim 2019. Oleh sebab ramai di antara anda ingin mengetahui pendapatan pelumba MotoGP bagi musim 2020, kami memutuskan untuk menyusun senarai pelumba dan gaji tahunan (tidak rasmi) MotoGP mereka. Tambahan pula, kerana kebanyakan perlumbaan tahun ini telah dibatalkan kami memutuskan untuk memberi anda vibe MotoGP sementara anda menunggu perlumbaan seterusnya yang dijadualkan pada September. 

Ini adalah senarai tidak rasmi pelumba MotoGP dan gaji mereka untuk tahun ini. Sila ambil perhatian, senarai angka ini bukan rasmi. Angka yang anda lihat disusun berdasarkan khabar angin dan angka sebenar adalah rahsia.

Related Post

Juara memerintah Marc Marquez dari Honda Racing Corporation menduduki tempat teratas sekali lagi dengan gaji pokok $ 14.5 Juta / MYR 70.9 – 83.4 Juta. Valentino Rossi jatuh ke tempat ke-2 dengan $ 10.5 Juta / MYR 41.7 Juta. Namun, menurut desas-desus, Rossi sebenarnya adalah penunggang dengan pendapatan terbesar kerana dia mempunyai pendapatan melalui penjualan barang dengan Yamaha.

Dengan khabar angin Rossi akan beralih ke PETRONAS Yamaha SRT Team untuk musim depan, adakah pendapatan pelumba Itali ini turun atau naik? Beritahu kami pendapat anda!

PELUMBA MOTOGP DAN GAJI MEREKA (2020)

Pelumba Gaji MotoGP Pasukan
Marc Marquez $17-20 Juta / MYR 70.9 – 83.4 Juta Repsol Honda
Valentino Rossi $10 Juta / MYR 41.7 Juta Movistar Yamaha
Maverick Vinales $8 Juta / MYR 33.3 Juta Movistar Yamaha
Andrea Dovizioso $7 Juta / MYR 29.2 Juta Team Ducati
Danilo Petrucci $2.8 Juta / MYR 11.6 Juta Team Ducati
Cal Crutchlow $2.5 Juta / MYR 10.4 Juta Honda LCR
Alex Rins $2 Juta / MYR 8.3 Juta Team Suzuki Ecstar
Fabio Quartararo $1.5 Juta / MYR 6.2 Juta PETRONAS Yamaha SRT
Joan Mir $1.25 Juta / MYR 5.2 Juta Team Suzuki Ecstar
Andrea Iannone $1.2 Juta /MYR 5 Juta Aprilia Racing Team Gresini
Brad Binder $1 Juta / MYR 4.1 Juta Red Bull KTM
Pol Espargaro $1 Juta / MYR 4.1 Juta Red Bull KTM
Iker Lecuona $1 Juta / MYR 4.1 Juta Red Bull Tech3 KTM
Alex Marquez $1 Juta / MYR 4.1 Juta Repsol Honda
Aleix Espargaro $900,000 / MYR 3.7 Juta Aprilia Racing Team Gresini
Miguel Oliveira $750,000 / MYR 3.1 Juta Red Bull Tech3 KTM
Takaaki Nakagami $750,000 / MYR 3.1 Juta Honda LCR
Franco Morbidelli $700,000 / MYR 2.9 Juta PETRONAS Yamaha SRT
Francesco Bagnaia $650,000 / MYR 2.7 Juta Pramac Ducati
Jack Miller $600,000 / MYR 2.5 Juta Pramac Ducati
Tito Rabat $500,000 / MYR 2 Juta Reale Avintia Ducati
Johann Zarco $300,000 / MYR 1.2 Juta Reale Avintia Ducati
Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah