BERNHARD NAUMANN AKA “THE TIN MAN” MENUNJUK VERSI BMW R18-NYA BERSAMA DENGAN BMW MOTORRAD.

Blechmann R18

Pengubahsuai Austria yang terkenal, Bernhard Naumann mempamerkan BMW R18 barunya. Bernhard Naumann dikenali sebagai Blechmann (Tin Man) dalam dunia modifikasi motosikal. Blechmann adalah lelaki yang sama yang membina Giggerl R nineT yang kelihatan futuristik beberapa tahun yang lalu.

“Giggerl” R nineT

Kali ini dia mempunyai sesuatu baru untuk kami! Ini adalah Blechmann R18, build bagger berdasarkan cruiser pertama BMW Motorrad, BMW R18.

BMW R18 berdiri sepenuhnya dalam tradisi motosikal BMW bersejarah dari segi teknologi dan reka bentuk. Mendapat inspirasi dari BMW R5 yang terkenal, R18 adalah pilihan tepat bagi Bernhard Naumann untuk mencipta Blechmann R18 yang indah ini. Sekiranya anda tertanya-tanya jika ada perkara penting yang dilakukan pada rangka, berikut adalah sesuatu yang anda harus ketahui. BMW Motorrad mengatakan Blechmann membuat beberapa perubahan pada rangka dan teknologi dan menggunakan titik pemasangan asli untuk menghasilkan build ini.

BLECHMANN R18

Ketika Bernhard memulakan build ini, dia tidak pernah membuat lakaran reka bentuk atau apa pun sebelum ini. Bernhard mengatakan bahawa dia mendapat inspirasi semasa mengerjakan motosikal itu sendiri. “Saya melukis rekaan saya secara langsung pada objek. Ini membolehkan saya bertindak balas secara langsung terhadap keperluan dan mengawasi keseimbangan setiap masa,” kata  Bernhard.

Untuk menilai dengan tepat bahagian fairing, Tin Man melakukan kerja secara terbalik. Dengan bermula dari belakang, tempat duduk tunggal sporty diletakkan pada struktur sokongan asal stok R18. Bersama dengan tempat duduk, Bernhard memasang lampu belakang Kellermann supaya seiras dengan keseluruhan bahagian belakang retro.

Related Post

Berikutan itu, untuk memastikan enjin boxer 1,802cc menonjol, Tin Man menyempitkan tangki bahan bakar. Disamping itu, knee cut-outs kustom meningkatkan lagi gaya atlet build ini.

Bergerak di bahagian depan, sama dengan lampu depan di Giggerl R nineT, Blechmann mengguna reka bentuk halus dan lampu filamen di tengah.

Lampu depan condong dan sudut stereng yang baru memberikan penampilan agresif namun halus yang kita semua gemari.

Lebih-lebih lagi, perincian kecil seperti tali kulit dan cat hitam dengan pinstripes putih klasik BMW Motorrad melengkapkan binaannya.

Bernhard dan pasukan mengambil selama 450 jam untuk mencipta Blechmann R18 yang mengagumkan.

Sumber: BMW Motorrad 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan