Categories: Berita

Marc Marquez mencuba sebuah jenis motosikal yang berbeza

Juara MotoGp dan pelumba Repsol Honda Marc Marquez sedang meluangkan cuti tiga minggu yang memisahkan dua pusingan pertama musim MotoGP sebaik mungkin. Pelumba Sepanyol ini bercadang untuk berseronok dan walaupun dia tidak mampu melatih untuk motocross selama tiga bulan terakhir ketika memulih dari kecederaan bahunya, setelah sahaja Marquez tiba di Sepanyol dari Qatar GP, dia mengambil motor scrambler-nya dan pergi ke trek motocrossnya.

“Tiga bulan tanpa MX amat panjang juga, jadi saya bersenang-senang seperti seorang anak muda,” kata Marc Marquez ketika menyiarkan video di laman Instagramnya.

 

Related Post

Selain daripada menunggang Honda CRF450-nya pada trek tanah. Marc Marquez juga mengambil masa untuk menunggang salah satu motosikal yang berbeza. Dengan bantuan dari Alfredo Gomez, seorang pelumba hard-enduro, Marquez mencuba sebuah motosikal scrambler yang telah diubahsuai oleh syarikat Rusia, Snowrider, modifikasi yang membenarkan motosikal ini untuk ditunggang dalam salji.

Motosikal-motosikal scrambler ini diubahsuai untuk ditunggang dalam salji kini menjadi cara baru bagi penunggang untuk melatih pada permukaan yang istimewa, dan ia lebihs padat dan ringan berbanding dengan motosikal salji tradisional, motosikal scrambler khas ini memberikan penunggang satu set kemahiran baru yang membolehkan mereka untuk mendapat pengendalian yang lebih baik semasa menunggang pada asfalt.

Marc Marquez sedar tentang manfaat latihan dengan motosikal sebegini dan juga berkongsi beberapa saat sambil berseronok di salji.

Walaupun kami yakin bahawa Marc Marquez mempunyai motocross latihan yang menyeronokkan dan dalam salji, kami juga yakin bahawa doktornya tidak begitu gembira dengan bagaimana Marquez bersiap sedia untuk perlumbaan kedua musim ini di Argentina, kerana dia masih berada pada akhir proses pemulihan pada kecederaan bahunya, dan sebarang kecederaan ketika menunggang motosikal tersebut mungkin menyebabkan kecederaan baru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah