MOTOSIKAL ADVENTURE DENGAN KAPASITI RENDAH DARI KTM KINI MENCAPAI TAHAP AKHIR PROGRAM PEMBANGUNANNYA APABILA 390 ADVENTURE DILIHAT SEDANG DIUJI DI INDIA

KTM 390 Adventure | Sumber gambar: DriverMag Riders

KTM tidak menyembunyikan bahawa salah satu model baharu mereka untuk 2020 adalah 390 Adventure dan satu gambar intip menunjuk bahawa model ini hampir sedia untuk pengeluaran dan sampai pengedar KTM pada hujung tahun 2019 atau awal 2020.

Menurut gambar yang diterbitkan oleh laman web Itali Insella.it, motosikal dalam gambar ini adalah jentera uji terakhir KTM akan guna untuk menyempurnakan butir-butir terakhir di India tetapi hampir semua yang boleh dilihat dalam gambar ini akan digunakan pada versi pengeluaran akhir.

Motosikal adventure 100% ini mempunyai cermin yang lebih tinggi untuk perlindungan angin (ketinggian mungkin boleh dilaraskan), tempat duduk hampir rata seperti motosikal enduro dan menurut laman web Itali yang sama, panel instrumen selain daripada informasi biasa akan mempunyai altimeter dan kompas supaya para penunggang tahu arah yang betul ke destinasi mereka semasa menunggang off-road.

Related Post

Dengan reka bentuk yang seiras dengan motosikal adventure besar dari KTM, 390 Duke akan menggunakan enjin silinder tunggal yang sama dengan sesaran 373,2 cc. Enjin sama yang didapati pada 390 Duke naked. Ini bermakna 390 Adventure menawarkan 43 hp dan tork sebanyak 37 Nm.

Suspensi diperolehi daripada pakar WP, tetapi jarak roda lebih besar berbanding dengan 390 Duke supaya 390 Adventure boleh ditunggang secara off-road tanpa sebarang masalah. KTM juga memutuskan untuk menggunakan tayar dengan cast wheels, sementara sebagai standard brek mendapat ABS dengan mod off-road khas.

Menurut sidang media Eropah, KTM 390 Adventure baru akan mempunyai tanda harga sebanyak 5700 euro yang diterjemahkan ke harga sekitar RM26,687 pada kadar pertukaran semasa.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan