Categories: Sukan Motor

MotoGP – Rossi: “Marquez mampu memecahkan rekod saya”

Semasa sesi Q&A Facebook yang dianjur oleh kedai Dainese di London, United Kingdom, Valentino Rossi telah tersedia untuk menjawab beberapa soalan dan salah satu soalan tersebut datang dari seorang peminat penunggang Itali itu.

Dia bertanya jika Rossi percaya bahawa Marc Marquez mampu memecahkan rekodnya dan jawapan yang diberi amat ikhlas: “Jika anda perhatikan nombor, saya memang percaya Marquez akan memecah rekod saya tetapi saya tidak sebegitu risau. Apabila saya melihat kembali kerjaya saya, saya amat puas. Sepatutnya saya boleh memenangi lebih banyak kejohanan dan penyesalan terbesar adalah tidak memenangi kejuaraan pada 2006 di  Valencia”, kata Rossi.

Related Post

Penunggang Yamaha ini juga bercakap tentang masa depannya dan walaupun pasukan Japan pada masa ini tidak mempunyai banyak kemenangan, Rossi masih menyokong projek mereka dan tetap komited untuk membawa balik lebih banyak kemenangan bagi Yamaha di MotoGP.

“Saya telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Yamaha dan saya yakin saya akan berlumba pada tahun 2019 dan 2020. Saya tidak akan membuat sebarang penukaran dan akan terus berlumba”.

Bolehkah Valentino Rossi berjaya untuk membawa Yamaha ke tahap kemenangan mereka sebelum ini di MotoGP?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah