Royal Enfield Trials 500 | Sumber gambar: Bennett Insurance

Bersedia kerana Royal Enfield akan melancarkan dua motosikal baru esok, Bullet Trials 350 dan Bullet Trials 500. Kedua-dua motosikal ini bukan edisi terhad tetapi adalah varian off-road Royal Enfield Classic 350 dan 500.

Trials 350 mempunyai enjin silinder tunggal 346cc yang mampu menjana 20PS dan 28Nm sedangkan Trials 500 dilengkapi dengan enjin silinder tunggal 499cc yang mampu menjana 27.5PS dan 41.3Nm. Kedua-dua enjin dipasang pada transmisi lima-kelajuan.

Related Post

Kedua-dua motosikal ini mempunyai gaya yang sama seperi Royal Enfield Classic dan satu-satunya perbezaan ialah Trials mempunyai rangka merah. Motosikal ini juga mempunyai logo 3D “Royal Enfield” pada tangki bahan api dan lampu depan kini dilengkapi dengan chrome nacelle.

Ia dikatakan bahawa fender belakang telah dinaikan untuk jarak gerak suspensi yang lebih panjang. Tempat duduk penumpang kini digantikan dengan rak bagasi. Motosikal ini juga mempunyai ekzos upswept, roda depan 19 inci dan roda belakang 18 inci. Sistem brek terdiri daripada cakera depan 280mm dan cakera belakang 240mm sama, dengan dwi saluran ABS sebagai standard.

Kedua-dua motosikal ini dijangka akan mempunyai harga sekitar Rs 1.63 lakh untuk 350cc dan Rs 2.11 lakh untuk model 500cc.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan