Yamaha TZ750 Street Tracker | Sumber gambar: Cycle World

Motosikal dua lejang dahulu mungkin sesuatu yang lalu namun terdapat sesuatu keistimewaan mengenai motosikal tersebut dan apabila kami mendapat tahu bahawa seseorang di planet ini telah membina motosikal dua lejang, terutamanya flat tracker, maka kita terpaksa tahu segala-galanya tentang dia.

Ini adalah Yamaha TZ750, direka oleh Brad Peterson dari Amerika.

Tetapi sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai Yamaha TZ750 kustom ini, mari kita bincang sedikit tentang sejarah motosikal ini. Pada pertengahan 70-an Yamaha memutuskan untuk membina satu jentera raksasa untuk bersaing dalam perlumbaan trek rata di Amerika. Tetapi TZ750 hanya bersaing sekali, sebelum ia dilarang daripada bersaing di landasan yang rata sekali lagi. Enjin itu dianggap terlalu kuat, kerana legenda MotoGP, Kenny Roberts Sr. mampu mencecah 145 mph!

Namun untuk Brad Peterson, ia bukan kerana Kenny Roberts Sr. yang memberi dia inspirasi untuk memulakan projek khas ini. Sebaliknya, dia mahu menghormati bekas pelumba Steve Baker yang juga perlu bertanding dengan mengguna Yamaha TZ750 pada tahun 70-an. Brad mempunyai poster Steve menunggang TZ di garajnya, dan itulah sebabnya dia membina motosikal ini.

Yamaha TZ750 Street Tracker | Sumber gambar: Bike EXIF

Related Post

Perkara pertama yang Brad Peterson memutuskan untuk melakukan adalah dengan meminta Jeff Palhegyi untuk membina rangka dengan meniru reka bentuk rangka TZ750 asal, oleh Doug Schwerma, yang dikenali sebagai rangka Champion Racing.

Langkah seterus pasukan adalah mencari dan memasang enjin TZ750 asal, dan akhirnya mereka mencari apa yang mereka inginkan, dan kemudian menggunakan kepakaran mereka untuk meningkatkan prestasi enjin itu. Enjin 1977 TZ750D dibina oleh Scott Guthrie Racing, sebuah syarikat yang paling terkenal dengan rekod kelajuan mereka. Enjin tertentu ini  juga mempunyai beberapa rekod kelajuan yang menjadikan semua ini lagi istimewa.

Enjin D spec mempunyai kelebihan 30 hp berbanding tiga spesifikasi terdahulu, bermakna dalam konfigurasi stok enjin dua lejang ini mampu menjana tidak kurang dari 120 hp! Tetapi pasukan ini terpaksa menyesuaikan untuk kegunaan jalan, dan oleh itu mereka telah memilih untuk menukar karburetor ke unit Lectron, dengan Jeff Palhegyi lagi menunjukkan kepakarannya di ruang ekzos dan menggunakan penyenyap TZ Mike untuk menambah bunyi dan asap.

Yamaha TZ750 Street Tracker | Sumber gambar: Bike EXIF

Fork depan pada asalnya adalah dari Yamaha R6, sama seperti brek caliper depan dan belakang, manakala penyerap hentak belakang diperolehi dari Race Tech. Roda 19 inchi diliputi dengan tayar trek rata Dunlop, manakala skema cat merah dan grafik adalah replika tepat dari motosikal Steve Baker.

TZ750 dilengkapi dengan semua elemen yang diperlukan untuk menjadi jentera ini sesuai dari segi undang-undang jalan raya, seperti plat lesen dan pencahayaan, dan ia adalah satu jentera perlumbaan yang akan mengoyak asfalt setiap kali penunggang menyentuh pendikit.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan