Categories: Berita

Yamaha XSR300 dijangka lancar pada Oktober 2020!

MENURUT KHABAR ANGIN, YAMAHA XSR300 300CC SEDANG DIBANGUN DAN DIKATAKAN AKAN LANCAR PADA OKTOBER 2020.

Yamaha XSR300/XSR250 bocor | Photo Credit: The Bike Zone

KHABAR ANGIN

Pada awal 2019, terdapat khabar angin mengenai dua model sukan heritage XSR yang berada di peringkat pembangunan. Pada tahun yang sama Yamaha mengeluarkan XSR155 berdasarkan YZF-R15 di Thailand. Yang lagi satu, XSR300 dengan mengguna YZF-R3 sebagai asas dijangka lancar lewat Oktober.

Yamaha XSR155

RENDERING YAMAHA XSR300

Laporan-laporan mengenai Yamaha XSR300 muncul buat kali pertama pada 2016. Pada masa itu, Young Machine, majalah motosikal Jepun menerbitkan rendering XSR300/XSR250. Manakala, sumber terkini mengatakan bahawa Yamaha bekerja secara khusus pada XSR300.

Menurut rendering, 300 mengikut ciri reka bentuk abang dan adiknya: lampu depan bulat, tail lamp bulat, dan instrumen cluster. Tangki bahan api berbentuk air mata juga unik kepada siri XSR.

Related Post

Bagi trenkuasa, XSR300 akan dikuasai oleh enjin kembar selari 321 cc YZF-R3 dengan kotak gear enam kelajuan. Motor ini menjana 40.8bhp dan tork 29.6Nm. Manakala, trenkuasa mendapat rawatan khas dari Yamaha untuk memberi tork low hingga mid-range.

Bagi suspensi, motosikal ini akan memaparkan fork teleskopik terbalik 37mm R3 KYB di depan dan mono-shock dengan pramuat boleh laras di belakang untuk memberi sentuhan moden. Brek motosikal ini mengguna cakera brek di depan dan belakang dengan ABS dua saluran sebagai standard. Tambahan pula, pelana berbentuk berlian dan swingarm juga adalah unit sama dari R3.

APA YANG DIJANGKA UNTUK 2020?

Melihat kepada MT-15 yang berasaskan R15 dan XSR155 yang dikeluarkan pada tahun 2019, kami berharap untuk tahun ini Yamaha melancarkan model-model warisan MT-03 dan XSR300 yang berasaskan R3. Kami perlu menunggu dan melihat apa yang ditawarkan oleh Yamaha untuk tahun 2020!

Dalam kes Asia, pengeluar motosikal telah mula melancarkan model premium dengan varian anjakan kecil kerana permintaan untuk motosikal kecil di pasaran Asia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah