Categories: Konsep & Kustom

Curtiss terus menunggang jalan elektrik dengan dua konsep baru

Curtiss Motorcycles, dahulunya dikenali sebagai Confederate Motorcycles, adalah pembina motosikal Amerika ikonik beberapa tahun seperti Wraith ataupun Hellcat, sedang menyertai gerakan enjin berkuasa elektrik dan telah pun mendedahkan hasil yang mereka akan keluarkan pada 2020, iaitu Zeus.

Kini, pengilang motosikal Amerika ini telah mengambil langkah yang seterusnya dengan menampilkan dua konsep berdasarkan Zeus.

Curtiss belum lagi memberi nama tertentu untuk kedua-dua motosikal ini tetapi buat sementara waktu mereka sedang mengguna nama Zeus Bobber dan Cafe Racer. Walaupun gaya amat sesuai dengan apa yang kami harapkan sebagai motosikal futuristik bobber atau cafe racer, namun, motor elektrik, bateri serta sistem kawalan elektrik akan mempunyai perbezaannya berbanding dengan Zeus.

Related Post

Curtiss telah berjaya mereka cipta sebuah konsep yang luar biasa dan juga sedang mendapat bantuan daripada sebuah pejabat baru, bahagian Advanced Technology yang bertanggungjawab untuk memajukan kesemua ciri baru bagi motosikal Zeus Bobber dan Zeus Cafe Racer.

Maklumat tentang harga belum lagi diketahui untuk kedua-dua varian Zeus ini, namun kami jangka harga untuk motosikal ini agak mahal oleh sebab Curtiss Motorcycles akan membina setiap motosikal berdasarkan keperluan pemilik.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah