Categories: Berita

TNB akan memperuntukkan RM90 Juta untuk membina stesen pengecas EV

TNB MERANCANG MEMBINA TUJUH LAGI STESEN PENGECAS EV DI MALAYSIA SEHINGGA HUJUNG 2023.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperuntukkan RM90 juta untuk tempoh dua tahun dalam pembinaan stesen pengecas arus terus (DC) untuk kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Pengarah program pengurusan projek kenderaan elektrik, Mohd Junaizee Mohd Noor mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan. Jelasnya, TNB telah pun mengambil langkah pertama dengan membina tiga stesen pengecas EV. Stesen tersebut berada di kawasan R&R Ayer Keroh (Melaka), Tapah (Perak) dan Paka (Terengganu).

“Kami menyasarkan untuk membina tujuh lagi stesen pengecas EV di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Stesen-stesen itu akan berada di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Related Post

“TNB akan mempunyai sejumlah 10 stesen pengecas DC EV di sepanjang lebuh raya menjelang akhir tahun ini.”

Junaizee menyatakan bahawa inisiatif itu adalah untuk memudahkan orang ramai mengecas kenderaan EV mereka. Pengguna tidak perlu lagi takut kehabisan bateri.

Antara cabaran utama memasang stesen pengecas EV ialah proses kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini kerana setiap PBT mempunyai peraturan dan syarat yang berbeza. Ia akan mewujudkan kekangan terhadap pembinaan stesen pengecasan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan