Categories: Berita

Motosikal elektrik terpantas di dunia, LS-218 memasuki pengeluaran.

Startup motosikal elektrik sering menghadapi cabaran besar. Walaupun mereka menampilkan idea mereka yang inovatif serta hebat, mereka biasanya tidak mempunyai sokongan kewangan untuk mereka idea tersebut kepada sebuah unit pengeluaran. Manakala, Lightning Motorcycles telah melakukan segala-galanya sejak permulaan. Syarikat yang berpusat di San Jose ini telah menunjukkan usaha serta keazaman untuk mengambil superbike elektrik mereka LS-218 ke tahap yang tinggi.

Pembangunan motosikal ini mengambil beberapa tahun dan dalam masa itu, mereka telah menempah beberapa rekod serta trofi seperti, rekod untuk motosikal elektrik terpantas dengan 218,96 mph (352 km/h) di Bonneville Salt Lake. Tambahan pula, motosikal ini telah menewaskan semua motosikal elektrik dan konvensional dalam acara perlumbaan terkenal seperti Race to the Clouds ataupun Pikes Peak Hill Climb dan akhirnya LS-218 ini, dengan 201 hp dan tork sebanyak 228 Nm sedang menuju ke kilang California untuk dihasilkan.

Selepas beberapa bulan tanpa sebarang maklumat pada media sosial mereka, Lightning Motorcycles akhirnya menyiarkan gambar empat unit LS-218 yang sedang dibina di barisan pemasangan sebelum menuju ke pemiliknya pada awal 2019.

Ini adalah satu pencapaian yang besar untuk syarikat startup motosikal elektrik ini dan kami amat gembira untuk menyaksikan kerja yang mereka telah hasilkan dengan prototaip mereka. Lightning Motorcycles juga telah membuktikan kepada semua orang kemampuan mereka, tanpa hanya menjual “mimpi superbike elektrik” yang tidak dapat dilihat atau disentuh, dan siap untuk diuji oleh penunggang biasa seperti kami.

Lightning Motorcycles bermula apabila Ketua Pegawai Eksekutif Richard Hatfield bercadang untuk bereksperimen dengan enjin berkuasa elektrik. Beliau bermula dengan membeli sebuah Yamaha R1 yang mempunyai enjin yang rosak dan menggunakan bateri biasa serta engin elektrik dia berjaya untuk mereka sebuah motosikal hibrid.

Empat tahun kemudian beliau menunjukkan prototaip pertama LS-218 yang berfungsi.

Di Bonneville Speed Trials, prototaip pertama menunjukan potensinya dengan mencapai kelajuan tertinggi sebanyak 279 km/h dan beberapa tahun kemudian, pasukan pembangunan pulang ke Bonneville Salt Flats dengan versi unik LS-218 yang mempunyai fairing unik. Motosikal tersebut mencapai rekod kelajuan 352 km/h!

Related Post

Sejak itu, Lightning sering mendapat pesanan untuk LS-218 melalui lama web mereka dengan harga sebanyak RM162.517, tetapi sehingga minggu lepas, tiada versi pengeluaran dikeluarkan.

Dan apakah LS-218 elektrik superbike ini menawar untuk harga tersebut?

Rangka yang memegang pek batteri dan enjin dibuat daripada karbon fiber bagi mengurangkan berat kepada 224 kg. Pek batteri ini ditawarkan dalam tiga versi, masing-masing dengan masa dan jarak pengecasannya sendiri: batteri 12 kWh mampu mencapai jarak sebanyak 190 km, batteri 15 kWh mampu mencapai 240 km dan yang paling besar adalah 20 kWh yang membolehkan tunggangan sehingga 290 km sebelum ia perlu dicaskan semula.

Menurut Lightning Motorcycles, melalui penggunaan Fast Charger, batteri 12 kWh hanya memerlukan sebanyak 30 minit untuk dicas sepenuhnya.

Tetapi ini adalah sebuah superbike, dan untuk perkara itu, Lightning telah melakukan kajian mereka dengan betul: Brek adalah Brembo gred perlumbaan GP4-RX CNC monoblock calipers yang mencengkam cakera Brembo T-Drive 320 mm, suspensi depan merangkumi RaceTech tiub luar dengan Öhlins NIX30 sebagai komponen dalam, manakala pada bahagian belakang terdapat Öhlins TTX36 monoshock. Tayar motosikal ini dibuat daripada aluminium dan jika suspensi stok tidak cukup untuk anda, Lightning akan menawarkan spesifikasi perlumbaan penuh FGRT fork depan sebagai pilihan.

Kita tidak boleh menunggu untuk melihat LS-218 elektrik superbike di jalan raya!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan