Jenama British ikonik Norton telah mengumumkan mereka akan mula pengeluaran bagi V4 SS yang baru di kilang di Donington Hall. Sportbike eksotik ini akan menjadi motosikal yang mempunyai teknologi paling maju yang akan dikeluarkan oleh Norton bagi penggunaan jalan raya dan spesifikasi teknikal motosikal ini tidak berbohong : Ini adalah sebuah motosikal lumba.

Dengan hanya 200 unit yang dirancang untuk pengeluaran, V4 SS akan membahagikan pengeluarannya, dengan 100 yang pertama untuk pasaran British, manakala pada bulan April 2019 Norton akan menyimpulkan homolog Euro4 dan 100 V4 SS yang lain akan dijual di luar England mulai Mei.

V4 SS ini akan menggunakan enjin perlumbaan V4. Pada sudut 72º, V4 ini mempunyai anjakan sebanyak 1200 cc dan disejukkan cecair, jadi kuasa motosikal ini akan melebihi 200 hp. Tidak seperti model lain dari Norton, enjin ini telah direka oleh mereka di kilang Donington Hall. Enjin ini mempunyai teknologi perlumbaan tetapi ciri yang mampu menangkap perhatian anda adalah rangka buatan tangan aluminium yang berasal dari mesin perlumbaan Norton yang telah digunakan dalam perlumbaan jalan raya dan Isle of Man, SG5 TT.

Related Post

Seperti yang dikatakan sebelum ini, V4 SS ini adalah motosikal paling canggih Norton untuk kegunaan jalan raya. Dengan penggunaan paksi enam Inertial Measurement Unit (IMU), motosikal ini dilengkapi dengan kontrol traksi yang boleh dilaras, launch control, quickshift, mod tunggangan dan bagi mereka yang gemar untuk menganalisis perjalanan mereka, Norton juga termasuk perlumbaan penuh yang diperoleh dari sistem telemetri, sama seperti yang mereka gunakan pada motosikal Isle of Man.

Oleh kerana ini adalah motosikal bagi penggunaan di jalan raya, Norton juga berfikir tentang keselesaan anda dan telah menambah cruise-control pada V4 SS ini jadi anda tidak perlu menjaga tangan anda pada throttle semasa menunggang di lebuh raya.

Fairing carbon fiber juga dipasang dan boleh dicat dengan chrome ataupun hitam. Roda motosikal ini juga dibuat daripada bahan yang sama dan unit suspensi diperolehi dari Öhlins, dengan NIX30 sebagai fork depan dan TTX GP sebagai penyerap hentak belakang.

Harga Eropah menunjuk pada harga harga sebanyak 51.000 euro untuk SS V4, iaitu sekitar RM241.511, manakala pada 2019 Norton akan mengeluarkan varian yang lebih mudah, V4 RR, yang dijangka akan mempunyai kos sebanyak RM151.530, tetapi tanpa spesifikasi eksotik varian SS.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan